Thursday, October 23, 2014

RESEPI CUCUR UDANG 'WANGI'

Cucur merupakan makanan paling sinonim dengan masyarakat kita. Kepelbagaian yang boleh diubah dan di tokok tambah membuatkan cucur menjadi pilihan tidak kira usia...

Alamakkkkk!!!! Intro macam nak buat jurnal pulak..hehehe. Hari ni Aliya nak kongsikan resepi cucur udang 'wangi'. Makanan simple tetapi menjadi favorite kami anak beranak.

Bahan-bahan:

1. Tepung gandum***
2. Udang**
3. Bawang merah/besar (di blend)
4. Cili merah/hijau (di hiris halus)
5. Daun kunyit (di hiris halus)
6. Garam secukup rasa
7. Sedikit pewarna kuning*
8. Minyak untuk menggoreng
9. dan Air


***(Sukatan ikut suka. Kalau rasa nak buat banyak letak banyak ok)
  **(Aliya suka guna udang putih yang kecik2 tu)
    *(Biasa aliya guna serbuk kunyit je)

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan 1 hingga 7. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
2. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga warna kekuningan.
4. Setelah siap boleh dihidangkan bersama sos cili/tomato.

Ok! Senang je kan. Biasa menu ni Aliya buat untuk minum petang. Di gandingkan bersama teh O panas2...fuhhhhh memang berebut-rebut.
Paling best bau harum daun kunyit tu. Lain dari yang lain. Tak percaya?? Kene cuba! Sure terangkat kening.

Ingin cuba makanan tambahan Shaklee? Hubungi saya;
* Puan Aliya [Id : 913252]
* SMS/WhatsApp : 019 6629457

anda mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...