Thursday, October 23, 2014

RESEPI CUCUR UDANG 'WANGI'

Cucur merupakan makanan paling sinonim dengan masyarakat kita. Kepelbagaian yang boleh diubah dan di tokok tambah membuatkan cucur menjadi pilihan tidak kira usia...

Alamakkkkk!!!! Intro macam nak buat jurnal pulak..hehehe. Hari ni Aliya nak kongsikan resepi cucur udang 'wangi'. Makanan simple tetapi menjadi favorite kami anak beranak.

Bahan-bahan:

1. Tepung gandum***
2. Udang**
3. Bawang merah/besar (di blend)
4. Cili merah/hijau (di hiris halus)
5. Daun kunyit (di hiris halus)
6. Garam secukup rasa
7. Sedikit pewarna kuning*
8. Minyak untuk menggoreng
9. dan Air


***(Sukatan ikut suka. Kalau rasa nak buat banyak letak banyak ok)
  **(Aliya suka guna udang putih yang kecik2 tu)
    *(Biasa aliya guna serbuk kunyit je)

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan 1 hingga 7. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
2. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga warna kekuningan.
4. Setelah siap boleh dihidangkan bersama sos cili/tomato.

Ok! Senang je kan. Biasa menu ni Aliya buat untuk minum petang. Di gandingkan bersama teh O panas2...fuhhhhh memang berebut-rebut.
Paling best bau harum daun kunyit tu. Lain dari yang lain. Tak percaya?? Kene cuba! Sure terangkat kening.

Ingin cuba makanan tambahan Shaklee? Hubungi saya;
* Puan Aliya [Id : 913252]
* SMS/WhatsApp : 019 6629457

Wednesday, October 22, 2014

BAGAIMANA SAYA BERJAYA DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum hari ni Aliya nak share dengan semua bagaimana boleh berjaya dengan Shaklee. Kiranya entry kali ni nak share experience sendiri macam mana nak mulakan bisnes dengan Shaklee dan berjaya. (Boleh di katakan berjaya jugak lah kot hehehe). Pejam celik dah hampir 2 tahun kami suami isteri bergelumang dengan Shaklee :P. Lama jugakkan! Kebiasaannya apabila incik suami join mana-mana bisnes MLM; dua tiga bulan lepas tu senyap tanpa berita. Sedih!

Ok tak nak membebel panjang-panjang. Kita terus ke tip No 1.

1. Study marketing plan. Yup. Ini perkara pertama yang kami suami isteri dok bebelkan selepas menjadi ahli Shaklee. Kami belajar bagaimana cara mengira bonus Shaklee; daripada A to Z, berapa bonus jika dilakukan berseorangan dan perbezaan jika bekerja secara berkumpulan. Ini sangat penting kerana kita perlu tahu berapa sepatutnya syarikat bayar kepada kita atas segala usaha kita. Salah satu self motivation jugak ni. Sebab bila tau berapa jumlah bonus, kita jadi 'tamak' nak banyak dan banyak lagi heheh.

2. Study info produk. Pada permulaan, seperti biasa memang banyak yang perlu di pelajari. Seperti bayi, tidaklah lahir terus boleh berlari. Perlu ada step-step merangkak, berjalan dan kemudian barulah berlari. Especially kepada anda yang baru dalam dunia nutrisi, memang bermacam-macam perkara yang perlu diambil tahu dan ambil peduli. Tapi tak mengapa, berlajarlah perlahan-lahan, pengalaman akhirnya yang akan mendewasakan kita. Bagi memudahkan usaha anda, Shaklee ada menyediakan kelas setiap bulan di branchhome office kawasan berdekatan dengan anda. Luangkanlah masa sekejap untuk kelas-kelas seperti ini. Dan ianya PERCUMA!

3. Rajin memperkenalkan diri sebagai Shaklee Independent Distributor(SID). War-warkan pada dunia bahawa anda adalah salah seorang SID. Beritahu keluarga, saudara-mara, jiran, rakan-rakan dan semua orang. Mungkin mereka tidak berminat dengan produk anda, tetapi jangan lupa mereka juga punya keluarga dan kawan-kawan. Mungkin ada rakan-rakan mereka yang berminat dengan Shaklee dan memperkenalkan kepada kita. Pada zaman tanpa sempadan ini, tidaklah sukar untuk menghebahkan sesuatu info. Apa yang penting 'RAJIN'.

4. Mempunyai target atau matlamat. Matlamat yang jelas akan mendorong kita ke jalan yang betul. Sebelum memulakan bisnes, kenalpasti apa yang ingin kita capai. Matlamat jangkamasa pendek yang kita ingin capai pada bulan-bulan tertentu dan 5, 10 tahun akan datang; yakni matlamat jangka masa panjang. Matlamat/target perlulah realistik. Namun harus ingat satu perkara, matlamat tidak menghalalkan cara. Jadi berbisneslah sejujurnya, in shaa Allah kejayaan milik kalian satu hari nanti.



5. Melawat tempat kerja anda. Walaupun anda berniat bekerja dari rumah, sesekali datanglah melawat 'office' anda. Datang dan ambil aura 'jutawan' di sini. Ini adalah ayat yang biasa kami katakan pada ahli-ahli dibawah kami. Bila kita sering datang ke branch/home office secara tak langsung kita berjumpa dengan orang-orang yang sama kerjaya dengan kita. Boleh jadi mereka itu salah seorang yang telah berjaya dalam bisnes Shaklee. Berkenalanlah dan dapatkan tip-tip kejayaan daripada mereka. Jangan MALU dan jangan SEGAN.

6. Berbaik-baiklah dengan Upline. Bukan bodek ye! Senantiasa mendekati upline anda. Dapatkan info-info/strategi pemasaran untuk menjayakan bisnes anda.

7. Sentiasa berada di dalam 'Coverage' group anda. Join dan sertai apa-apa juga aktiviti yang di anjurkan oleh kumpulan bisnes anda. Cara ini mampu mengekalkan momentum/semangat berShaklee berpanjangan. Bertukar-tukar pendapat dan menyelesaikan masalah bersama-sama lebih mudah dan praktikal. Dan ternyata kata-kata ini benar belaka 'if you want to go FAST; go ALONE. but if you want to go FAR; go TOGETHER'.

8. Amalan kerohanian. Ber'Dhuha, ber'Tahajud, Al-waqiah, Al-Mulk, doa dan zikir. Zakat, Infaq dan Sedekah (ZIS) dan banyak lagi. Apa pun usaha kita lakukan moga mendapat perkenan daripada Nya. Sesungguhnya dialah yang memberi rezeki dan melapangkan rezeki. Jika dah buat macam-macam tapi masih tak nampak hasilnya, berbaliklah pada Allah. Cek balik amalan wajib dan sunat. Takut-takut ade yang bocor.

9. Restu suami/isteri/ibu/bapa. Dapatkan restu daripada orang yang tersayang terlebih dahulu. Aliya cukup beruntung kerana suami sangat-sangat menyokong apa yang kami pilih untuk masa hadapan kami. Ada masa-masanya suami yang terlebih excited (dalam arti kata lain 'poyo' :p ...kikiki jangan marah ye! :* ) dalam menjalankan bisnes ini. Beritahu mereka-mereka ini tentang matlamat anda dan minta doakan kejayaan.

10. Positifkan diri dan bergaul dengan orang-orang yang positif. Di sekeliling kita ni, ada insan-insan yang positif dan negatif. Kejarlah untuk bersama-sama insan yang positif. Kelak anda akan mendapat tempiasnya. Jadikanlah mereka yang negatif itu contoh teladan yang patut dijauhi supaya anda tidak menjadi sepertinya. Buatlah kebaikan kepada semua orang walaupun mereka pernah menyakiti, in shaa Allah kebaikan akan hadir walaupun dari orang lain yang anda mungkin tidak pernah sangkakan.

Ikhlaskan diri kerana Allah SWT, anda tidak akan kecewa :)

Rasanya cukup 10 tip-tip untuk berjaya dengan Shaklee. Dan saya yakin ianya boleh diguna pakai untuk bisnes lain jugak. Harap dapat membantu anda yang ingin berjaya bersama Shaklee.

Berminat menyertai kumpulan bisnes kami? Hubungi:

* Puan Aliya [Id : 913252]
* SMS/WhatsApp : 019 662957

SHOPPING DI WEBSITE SHAKLEE


Bagi memudahkan pelanggan-pelanggan kami mendapatkan produk-produk Shaklee; pembelian secara terus di talian kini telah aktif. Ikuti 10 langkah di bawah untuk pembelian produk:

1. Klik pada image produk pilihan anda 
2. Agree to the terms and conditions 
3. Check your order details seperti nama produk, kuantiti, flavour dan sebagainya 
(**sekiranya produk out of stok akan di paparkan pada screen) 
4. Setelah kesemua details telah dimasukkan terus kepada butang CHECK OUT 
5. Masukkan data peribadi anda bagi memudahkan urusan penghantara produk 
6. Confirmation of order 
7. Proceed for payment 
8. Select your payment method (anda boleh menggunakan KREDIT KAD atau DEBIT KAD) 
9. Insert your payment details (No Kad, Exp date dll) 
10. Wait for your invoice to appear at the screen (DONE) 


Thank you for shopping with us :)



 buy now

 buy now

 buy now

buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

 buy now

**produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang jenis penyakit.**

Tuesday, October 21, 2014

CHOCOLATE MOIST CUPCAKES RECEIPE


Bahan A

2 cawan gula castor
1 3/4 cawan tepung (aliya guna tepung biasa je)
3/4 cawan serbuk koko
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
1 sk garam halus

Semua bahan diatas disatukan dan diayak (kecuali gula castor)

Bahan B

3/4 cawan minyak jagung
1 cawan full cream milk (kalau nak guna perisa coklat pun boleh)
3 biji telur
1 sk esen vanila

Satukan semua bahan B dan pukul sebentar sehingga semua bahan sekata.

Bahan C

1 cawan air panas

Cara-cara:

Bahan A di satukan bersama bahan B. Kacau mengikut arah jam. Boleh kacau menggunakan whisk sahaja atau nak guna mixer pun boleh. Pukul sehingga semua bahan sebati.

Selepas bahan A dan bahan B dikacau sebati, masukkan bahan C (air panas). kacau sebati lagi. Adunan akan kelihatan sedikit cair.

Setelah berpuashati boleh lah di masukkan adunan tadi ke dalam acuan cupcakes.

Panaskan oven sekitar 180 degree C selama 15 minit (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing ye). Bakar cupcakes anda selama 20 minit/ sehingga masak.

Sejukkan cupcakes sebelum menghias. Selamat mencuba :)



Ingin cuba makanan tambahan Shaklee? Hubungi saya;
* Puan Aliya [Id : 913252]
* SMS/WhatsApp : 019 6629457

16,500 KANAK-KANAK 'LAPAR TERSEMBUNYI'

Kanak-kanak Malaysia berumur bawah 12 tahun boleh memiliki tubuh badan yang lebih sihat sekiranya ibu bapa dan penjaga prihatin dengan pengambilan makanan anak masing-masing.

Maklumat mengenai nutrisi optimum yang diperlukan oleh kanak-kanak boleh diperoleh daripada bahagian penjagaan kesihatan dan pendidikan di seluruh negara.
Menurut Kajian, kanak-kanak di Malaysia adalah lebih sihat jika dibandingkan dengan kanak-kanak di beberapa negara di rantau ini. Bagaimanapun, jumlah kanak-kanak yang terlebih berat badan di Malaysia adalah tinggi.

NUTRISI DAN KESIHATAN

Satu kajian mengenai nutrisi dan kesihatan dijalankan di Asia Tenggara, dan hasilnya menunjukkan terdapat kekurangan nutrisi yang agak kritikal dalam kalangan kanak-kanak bawah umur 12 tahun.

Kajian itu membabitkan lebih 16,500 kanak-kanak berumur antara enam bulan dan 12 tahun dari Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia.

Kajian itu selama dua tahun itu baru sahaja tamat dan ia menumpukan perhatian terhadap isu-isu kesihatan yang penting di negara ini dikenali sebagai 'lapar tersembunyi' (hidden hunger).

LAPAR TERSEMBUNYI

Para penyelidik menggunakan istilah 'lapar tersembunyi' bagi menterjemahkan kekurangan nutrisi yang tidak boleh dilihat dengan mudah.

Kanak-kanak mungkin nampak seperti sihat atau terlebih makan, tetapi mereka mungkin tidak mendapat nutrisi yang diperlukan oleh badan seperti vitamin D dan kalsium, yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

PENGAMBILAN KALSIUM

Kalsium dan vitamin D adalah perlu untuk perkembangan fizikal. Ia juga penting untuk tulang yang sihat.

Pengambilan nutrien yang tidak mencukupi akan menganggu perkembangan minda dan keupayaan intelektual
kanak-kanak. Ini seterusnya akan menghalang kanak-kanak daripada melalui pertumbuhan fizikal yang sempurna.

Bagi setiap 10 kanak-kanak, seorang kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai pertumbuhan fizikal yang baik.

Manakala seorang daripada lima kanak-kanak menghadapi masalah terlebih nutrisi.

Pakar menasihati ibu bapa agar mengajar anak mereka untuk memakan makanan yang sihat, bagi memastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk badan mereka.

PENGUKURAN PERTUMBUHAN

Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan pengambilan nutrisi yang diperlukan oleh badan anak mereka adalah mencukupi.

Langkah mengambil dua gelas susu setiap hari sememangnya amat digalakkan bagi kanak-kanak yang masih bersekolah.

Ibu bapa hendaklah memberi perhatian kepada keperluan nutrisi anak kerana ia amat penting. Susu juga adalah penting kerana ia pelengkap makanan.

Susu penting untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Pengambilan makanan mengikut diet seimbang adalah juga penting. Tabiat baik berhubung dengan pengambilan makanan hendaklah dididik kepada kanak-kanak sebelum mereka berumur 10 tahun.

Untuk mengelak daripada pertumbuhan dan kecerdasan yang terbantut, ibu bapa diingatkan agar melihat kepada keperluan nutrisi anak yang sedang membesar. Ibu bapa tidak sepatutnya berkompromi berhubung dengan makanan.

Kanak-kanak memerlukan vitamin D, zat besi dan mineral yang lain untuk menjadikan mereka lebih kuat dan tidak mudah terkena penyakit seperti demam biasa.

Kekurangan nutrisi boleh mendedahkan kepada satu masalah dan membantutkan perkembangan kanak-kanak, yang tidak dapat dikembalikan semula.

6 fakta menarik tentang Meal Shakes:
Menyediakan 19 jenis vitamin A- Z, Mineral dan ‘Trace Mineral’. Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

Untuk Pembesaran

Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
Sesuai untuk tumbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

 BUY NOW
Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Rasa yang lazat digemari tua dan muda.Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang diperlukan oleh badan, tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

Antara kelebihan Mealshakes adalah:


  • meningkatkan tahap imuniti anak khususnya bagi yang kerap demam, batuk dan selsema
  • membuka dan meningkatkan selera makan khususnya bagi anak-anak yang picky eater
  • membantu mengatasi sembelit bagi anak-anak
  • membantu mengatasi masalah asthma
  • membekalkan zat dan nutrien lengkap yang diperlukan anak-anak bagi tumbesaran yang lebih sihat dan sempurna
  • Meal Shakes juga sesuai utk seisi keluarga.


Jika anda mempunyai pertanyaa mengenai produk ini; hubungi:
* Puan Aliya [Id : 913252]
* SMS/WhatsApp : 019 6629457

**produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang jenis penyakit.**

anda mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...