Wednesday, October 15, 2014

CERITA WANITA DAN PENYAKIT NO 1

Kolesterol ialah sejenis jisim lembut seperti lemak dan berlekit seperti lilin dan dijumpai di dalam aliran darah dan dalam semua sel badan. Kolesterol merupakan bahagian penting dalam badan yang sihat kerana ia digunakan untuk mengeluarkan membran sel dan sesetengah hormon, serta membantu melicinkan fungsi badan lain yang memerlukannya.

Namun, terlampau banyak kolesterol dalam darah akan mengundang risiko besar untuk diserang penyakit jantung koronari (seterusnya akan membawa kepada serangan jantung) dan angin ahmar.

Kenalpasti dari manakah datangnya kolesterol ini?

Kolesterol datangnya daripada dua punca, daripada makanan dan badan anda. Hepar dan sel lain dalam badan anda mengeluarkan kira-kira 75 peratus daripada kolesterol darah. Baki 25 peratus lagi datangnya daripada makanan yang anda makan. Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah antara 200-400 miligram sehari.

Tidak kira siapa anda, sama ada muda, tua, orang kaya atau orang miskin, pemimpin negara dan sebagainya, seseorang itu tetap mempunyai risiko menghidap serangan jantung yang disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya pemakanan dan tabiat negatif seperti merokok.

Wanita dan serangan jantung

Pada dasarnya, penyakit jantung adalah pembunuh senyap di kalangan wanita yang boleh diibaratkan sebagai bom jangka yang menunggu masa untuk meletup.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Pemantauan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Malaysia 2005/2006, faktor risiko NCD yang jelas, seperti hiperkolesterolemia, kenaikan glukosa darah, obesiti (kegemukan) dan sebagainya adalah lebih tinggi di kalangan wanita berusia 25 hingga 64 tahun berbanding lelaki dalam kumpulan usia yang sama.

Menurut pakar penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di kalangan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.

Penyakit jantung sentiasa dianggap sebagai penyakit lelaki kerana kaum lelaki mendapat penyakit ini 10 tahun sebelum wanita. Wanita dilindungi daripada penyakit jantung oleh tahap estrogen yang tinggi. Bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita 'imun' atau lali kepada penyakit ini.

Tahap estrogen turun apabila wanita sudah menopaus atau putus haid. Tahap trigliserida dan LDL (kolesterol jahat) di kalangan wanita yang berumur juga naik, bukan sahaja disebabkan menopaus tetapi juga disebabkan kenaikan berat badan dan penuaan. Semua ini menaikkan risiko penyakit jantung di kalangan wanita.

Jadi, sebelum putus haid, risiko wanita mendapat sakit jantung adalah lebih rendah berbanding lelaki.

Serangan jantung merupakan kerosakan pada otot jantung akibat terputusnya bekalan darah arteri koronari secara tiba-tiba. Kejadian ini berlaku apabila salah satu arteri tersebut tersumbat disebabkan gumpalan darah. (kolesterol berlebihan juga terbukti meningkatkan risiko penyakit jantung dengan bahagian arteri tersumbat sehingga menunjukkan simptom-simptom penyakit ini)

Gumpalan darah ini pula terjadi akibat pecahnya plak ateroma dalam salur darah arteri koronari itu. Sekiranya, gumpalan darah ini tidak dihilangkan dengan segera maka otot jantung akan mati dan seterusnya mengakibatkan kematian kepada penghidapnya.

Diagnosis awal dan pengambilan makanan tambahan yang betul serta perubahan gaya hidup yang komprehensif cukup penting. Ini termasuk pengambilan diet rendah lemak, berhenti merokok, pengurusan tekanan dan bersenam.

Justeru itu, pengambilan suplemen untuk mengurangkan risiko mendapat sakit jantung dan stres badan menjadi alternatif popular pada hari ini.

PHYTOCOLS - ST 
Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol

Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.
Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi

Dirumus daripada campuran sterol & stanol
Membekalkan 2,000mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
 CLICK IMAGE TO BUY ONLINE
Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai produk ini; hubungi:
* Puan Aliya [Id : 913252]
* SMS/WhatsApp : 019 6629457

Saya kongsikan dengan anda yang terbaik kerana saya juga wanita. Sayangi jantung sayangi keluarga anda.

**produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang jenis penyakit.**

anda mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...