Tuesday, March 5, 2013

KECUTKAN KEWUJUDAN CYST DAN FIBROID DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum
Enrty kali ini ALIYA nak Kongsikan bersama teman- teman yang pernah diserang Cyst & Fibroid. Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid. Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Sejak akhir2 ni kerap kali ALIYA mendengar penyakit ini dihidapi oleh rakan2 dan saudara mara. Walaupun selepas/telah menjalani rawatan/operation membuang ketumbuhan, ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

APAKAH CYST?Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Kebanyakan kes-kes lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hanya peratusan kecil kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan. Ia dikategorikan mengikut di mana mereka membesar dalam rahim. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 75% wanita akan mengalami cyst di sepanjang hayat mereka.
Cyst mengandungi udara, cecair, atau bahan separa pepejal, manakala fibroid adalah terdiri daripada bahan berserat, yang menjadikan mereka tumor. Akibatnya, mereka juga dirujuk sebagai "ketumbuhan fibroid," "fibrolids," "myomas," atau hanya "fibroid." Pelbagai saiz daripada kira-kira 0,04 inci (1 mm) kepada kira-kira 8 inci (20 cm) atau lebih.
APAKAH PUNCA FIBROIDPunca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.

Gejala-gejala
Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.
Jenis-jenis cyst fibroid ditentukan oleh di mana fibroid tumbuh dalam rahim:

Fibroid 1.Intramural, yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.
Fibroid 2.Submucosal, juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.
Fibroid 3.Subserosal, juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.credit
CADANGAN VITAMIN



Dalam satu kajian, dipercayai pengamalan herba dan makanan tambahan juga dapat mengecutkan kewujudan cyst dan fibroid ini. ambil 1,000 hingga 2,000 miligram Vitamin C, 150,000 IU beta karotena, 400 mikrogram selenium, dan 30 miligram zink setiap hari sehingga cyst fibroid hilang.

Selain produk ini ada lagi produk-produk menarik yang patut anda cuba seperti set Penyusuan, Set Kehamilan, Pakej untuk kaum adam, kaum hawa, kanak-kanak, warga tua dan yang lebih menarik saya menawarkan konsultasi percuma serta penghantaran yang tidak membebankan anda. Jika anda perlukan panduan pemakanan dan konsultasi, boleh hubungi saya ok :)

testimoni

Buatlah Pilhan Yang Terbaik..Pilihan Di tangan Anda

Selain produk ini ada lagi produk-produk menarik yang patut anda cuba seperti set Penyusuan, Set Kehamilan, Pakej untuk kaum adam, kaum hawa, kanak-kanak, warga tua dan yang lebih menarik saya menawarkan konsultasi percuma serta penghantaran yang tidak membebankan anda. Jika anda perlukan panduan pemakanan dan konsultasi, boleh hubungi ALIYA SEKARANG :)

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE

Love ALIYA :)
Perunding Vitamin Anda
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 913252]
♥ Contact No : 019 6629457
♥ Emel : lovelychocolata@gmail.com

**produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang jenis penyakit.**

Sunday, March 3, 2013

TAKUTNYA "GILA MEROYAN"!

Gila Merian atau Meroyan  merupakan jenis penyakit  selepas bersalin yang amat serius  dikalangan wanita selepas melahirkan .  Biasanya  wanita yang terlibat dikenal pasti dengan mudah oleh keluarga dan juga suami. Penyakit ini disebabkan berpunca daripada angin  kotor yang berkumpul didalam rahim selepas bersalin atau disebut juga  "mother blues" 

Bapa dan Keluarga Memainkan Peranan Penting Kepada Ibu yang Baru Bersalin 
"Darah  kotor yang tidak keluar dengan sempurna dan teratur  akan
menjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan  hormon  wanita.  Penyakit ini hendaklah diberikan perhatian  serius kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. 
Darah kotor itu juga akan menjadi punca sakit kepala , Kemurungan, Kemuraman dan seterusnya kepada sakit Angin Meroyan."


Asas utama ialah kerana penyakit ini menjejaskan otak ,cara berfikir, dan reaksi seseorang itu terhadap kenyataan hidup .Pergerakkan salur darah kerap kali menimbulkan kekacauan fikiran dan merosotkan daya untuk berfikir . Pelbagai gangguan kesihatan boleh mempengaruhi fungsi otak  sehingga menimbulkan gejala yang meyerupai penyakit gangguan jiwa (gila meroyan). Penyakit ini juga boleh berlaku jika ibu bersalin mengalami komplikasi penyakit saperti siplis, ketagihan alkohol, dan ketoksikan 

Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenal pasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu.
(Jenis-jenis meroyan ini dapat disemak didalam  buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu tulisan Anisah Barakbah, mukasurat 178 - 181)

Apakah antara kesan penyakit ini ?


  • Gangguan fungsi otak berlaku menyebabkan wanita lepas bersalin secara tiba-tiba mengadu nampak sesuatu yang menakutkan mereka atau mungkin mendakwa ada orang yang ingin menganiaya dan mencedrakan mereka. Dalam keadan ini mereka mungkin bertindak agresif atau berusaha untuk melarikan diri daripada apa yang menakutkan . Lazimnya wanita ini akan mengadu bahawa ia tiada ingatan langsung tentang tingkah lakunya yang agresif atau luar biasa itu semasa mengalaminya
  • Gangguan tidur yang menjadi lebih teruk. Ia mungkin tidak dapat tidur langsung ataupun bangun terlalu awal pada jam 2 atau 3 jam dan selepas itu tidak dapat tidur semula , sebaliknya menjadi resah dan gelisah .
  • Perubahan emosi bertambah mendadak dan ibu mungkin kelihatan bingung. Selain itu ia mungkin mengadu mendengar suara "hantu " mengutuk atau menuduhnya melakukan pelbagai dosa atau kesalahan.
  • Ia mungkin menyuarakan kepercayaan karut yang digelar delusi saperti mendakwa anak yang dilahirkanya sudah mati atau akan mati akibat penyakit serius walhal anaknya tidak mengalami sebarang penyakit.
  • Akibat pengalaman yang tidak normal ini, ia mungkin cuba mencederakan diri sendiri atau mencederakan suami malah membunuh anaknya. Oleh sebab itu kes yang serius begini perlu dirawat dalam wad untuk mengelakkan mereka daripada mencederakan diri sendiri atau orang lain .
  • Gangguan emosi atau tekanan perasaan juga kerap berlaku kepada ibu bersalin yang bermasaalah atau berpenyakit keturunan .
Kemuraman , kemurungan ,Angin Merian apakah bezanya?

Simptom-simptom dalam gila merian atau meroyan ini adalah lebih teruk lebih  menyeluruh serta lebih mengganggu keupayaan wanita untuk menjalankan tugas  harian.
Dianggarkan satu daripada setiap 500 ibu yang melahirkan anak akan mengalami  gila merian atau meroyan  ini dan biasanya  tanda-tanda ini timbul  dalam masa dua minggu pertama selepas kelahiran . Jenis  yang paling kerap berlaku ialah kemuraman dan  kemurungan yang mempunyai banyak simptom persamaanya.
Apakah terdapat penyakit-penyakit lain yang sering berlaku kepada wanita selepas bersalin , juga menakutkan?
1.    Bagi ibu yang pertama kali bersalin selalunya menghadapi keadaan radang Payu Dara . Ianya boleh berlaku selepas sepuluh hari melahirkan . Ini disebabkan oleh susu yang terlalu banyak terkumpul dan lambat dikeluarkan sehingga payu dara membengkak kerana si ibu belum pandai menyusukan bayi. Selain daripada itu puting payudara yang  merekah dan luka juga boleh menyebabkan keradangan


2.   Semasa dalam pantang biasanya ibu kurang membuat pergerakkan fizikal dan banyak tidur . Ini amalan yang kurang sihat dan boleh mengakibatkan thrombosis  atau darah beku. Penyakit ini sering berlaku pada awal minggu selepas bersalin . Pesakit akan terasa sakit kepala , bisa-bisa badan yang  keterlaluan. Keadaan ini menyebabkan perjalanan darah terutama pada bahagian tekanan saperti bahagian  punggung , pinggang dan kaki tersekat-sekat dan perlahan. Ibu akan terasa panas badan ,pergerakan nadi menjadi cepat , perasaan saperti sesak nafas dan sakit saperti dicucuk-cucuk atau kebas pada bahagian kaki dan pinggang ,lebih cepat dibahagian rahim menyebabkan sakit berdenyut dan lelehan yang berbau busuk akan mengalir keluar dari tempat sulit.

3.   Selain daripada itu jangkitan pada salur kencing juga mudah terjadi pada waktu nifas atau semasa hamil. jangkitan ini jika tidak dijaga boleh merebak ke bahagian ginjal dan menyebabkan demam

4.   Perubahan tubuh badan yang sering berlaku keatas wanitaselepas bersalin saperti perut membuncit dan berat badan semakin naik dianggap pekara biasa bagi ibu-ibu yang telah lama atau baru bersalin dan juga bagi mereka yang sering bersalin. Oleh itu , ibu-ibu cepat mengalah mengenai penjagaan kesihatan dan kecantikan tubuh badan (untuk mengembalikan bentuk badan yang asal.) Banyak alasan yang diberikan oleh mereka . Salah satunya mereka percaya selepas bersalin bentuk badan dan akan menjadi besar .

5.   Mengikut pendapat orang tua-tua setiap kali bersalin satu urat akan putus. Oleh itu , ibu selepas bersalin atau dalam berpantang akan berasa kurang selesa kerana  posisi  rahim diketika itu kembang, bengkak, dan terasa  berat .

6.   Selain daripada itu , urat saraf dibahagian pinggul masih kendur saluran kencing dan sekitar ari-ari turut  bengkak akibat tekanan kepala bayi semasa hendak melahirkan . Luka-luka juga  sering berlaku  didalam rahim serta dipangkal semasa uri hendak dikeluarkan  dan semasa melahirkan . Luka ini disebut  " luka menggeleber " Luka yang menggeleber yang kecil biasanya dapat dipulihkan tanpa masaalah tetapi luka yang besar akan menimbulkan rasa tidak selesa  dan menggangu kesihatan . Inflamasi yang kronik dan lelehan dari faraj adalah komplikisi biasa akibat luka pada pangkal rahim yang tidak dirawati .Luka ini jika dibiarkan serta tidak mendapat rawatan  yang betul boleh menyebabkan penyakit kanser rahim atau kenser pangkal rahim .

7.   Demam kelahiran ' ialah demam semasa nifas yang disebabkan oleh infeksi di tisu rahim . Infeksi ini terjadi kerana kuman penyakit saperti streptokokus memasuki tisu di pangkal rahim atau rongga rahim sewaktu hendak melahirkan , keguguran atau pada waktu keguguran . Infeksi ini amat berbahaya kerana ia boleh membawa  maut. Infeksi mungkin  merebak dari rahim kedalam  ovari atau tisu-tisu lain sehingga  timbul abses pada selaput peritoneum lalu menyebabkan  peritonitis . 

8.   Lelehan yang berwarna merah akan terus mengalir selagi rahim masih bengkak dan keadaan dalaman yang kurang sihat . Lelehan yang keluar itu banyak sel darah, ketulan darah serta gumpalan dari selaput lendir rahim. Darah nifas biasanya  akan beransur kurang selama 14 hari . Selepas itu lelehan menjadi kuning coklat dan seterusnya bertukar warna menjadi putih kekuning-kuningan sehingga tiba ke hari  40 , barulah ia mula mengering. 

9.    Jika sekiranya masih ada lelehan cairan,  ini menandakan rahim masih bengkak dan belum mengecut . Tubuh akan terasa tidak selesa , masih terasa berat dibahagian ari-ari dan tempat sulit, perut sukar dikempiskan , nafas serta badan berbau busuk dan rupa paras tubuh badan kelihatan saperti  sedang mengandung . lelehan ini akan berterusan dan menjadi penyakit keputihan selepas pantang . Saluran vagina akan mengembang  serta terasa berat . Ini boleh mengganggu hubungan kelamin suami isteri 

10.   Sewaktu tidur atau berjalan-jalan , pastikan ibu jari kaki dijaga supaya tidak tersepak , kerana mengikut petua orang tua-tua dulu , mereka bimbang ini boleh menyebabkan bentan (tumpah darah ) 

11.  Semasa melahirkan anak, banyak tenaga telah digunakan yang menyebabkan  keletihan . Keletihan ini juga boleh disebabkan oleh darah keluar dengan  banyak . Kadang-kadang keletihan ini boleh menggangu kesihatan dan menyebabkan tekanan emosi.  Pesanan orang tua-tua , penjagaan ibu bersalin dalam pantang hendaklah dilayan dengan baik kerana mereka dalam keadaan yang lemah  dari segi jasmani  dan rohani , mudah terkejut , mengalami gangguan emosi yang teruk dan sering tumpah darah apabila berhadapan dengan situasi sedemikian. 


CADANGAN SET VITAMIN



Insyaallah ibu boleh ambil vitamin Shaklee yg terbukti berkesan. Apa yg kami cadangkan khas untuk ibu selepas bersalin a.k.a berpantang adalah

Vitamin C, B Complex, Zink dan Vitalea. 

Penambahan Energizing Soy Protein sangat digalakkan.
Mengapa supplemen ini?

Ibu yang bersalin selalunya mengalami luka-luka luaran mahupun dalaman termasuk di bahagian rahim. Jadi vit c n zinc perlu di mana ia dapat membantu menyembuhkan luka. Kedua-dua vitamin ni juga sesuai diambil bagi mereka yg tak makan haruan

Kehilangan tenaga yang banyak sudah semestinya selepas bersalin,jadi pengambilan b complex bagi mengembalikan tenaga dan membantu menangani stress sangat penting.

Rutin berpantang pula membuatkan ibu seringkali terpaksa memilih makan dan mungkin berlaku kekurangan nutrisi lengkap. Jadi pengambilan vitalea adalah yg terbaik sebab ia merupakan multivitamin yg lengkap dengan mineral yg diperlukan oleh badan. Lebih-lebih Vitalea dilengkapi zat besi yang diperlukan ibu yg dh tentunya banyak kehilangan darah selepas bersalin.
Ramai yang telah mencuba dan dapat merasakan kesihatan dan pemulihan dalam masa lebih cepat.Anda boleh dapatkan sekarang dengan Harga Runtuh yang sangat Menjimatkan 


Saya adalah Pengedar Sah Shaklee anda..dan membuat penghantaran ke seluruh Malaysia.Konsultasi disertkan untuk mereka yang mendapat produk dari saya sahaja.dan anda boleh gunakan ID saya:913252untuk membuat sebarang pembelian di Cawangan Shaklee berdekatan anda.
Buatlah Pilhan Yang Terbaik..Pilihan Di tangan Anda


Selain produk ini ada lagi produk-produk menarik yang patut anda cuba seperti set Penyusuan, Set Kehamilan, Pakej untuk kaum adam, kaum hawa, kanak-kanak, warga tua dan yang lebih menarik saya menawarkan konsultasi percuma serta penghantaran yang tidak membebankan anda. Jika anda perlukan panduan pemakanan dan konsultasi, boleh hubungi ALIYA SEKARANG :)
JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
Love ALIYA :)
Perunding Vitamin Anda
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 913252]
♥ Contact No : 019 6629457

anda mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...