Tuesday, October 21, 2014

CHOCOLATE MOIST CUPCAKES RECEIPE


Bahan A

2 cawan gula castor
1 3/4 cawan tepung (aliya guna tepung biasa je)
3/4 cawan serbuk koko
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
1 sk garam halus

Semua bahan diatas disatukan dan diayak (kecuali gula castor)

Bahan B

3/4 cawan minyak jagung
1 cawan full cream milk (kalau nak guna perisa coklat pun boleh)
3 biji telur
1 sk esen vanila

Satukan semua bahan B dan pukul sebentar sehingga semua bahan sekata.

Bahan C

1 cawan air panas

Cara-cara:

Bahan A di satukan bersama bahan B. Kacau mengikut arah jam. Boleh kacau menggunakan whisk sahaja atau nak guna mixer pun boleh. Pukul sehingga semua bahan sebati.

Selepas bahan A dan bahan B dikacau sebati, masukkan bahan C (air panas). kacau sebati lagi. Adunan akan kelihatan sedikit cair.

Setelah berpuashati boleh lah di masukkan adunan tadi ke dalam acuan cupcakes.

Panaskan oven sekitar 180 degree C selama 15 minit (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing ye). Bakar cupcakes anda selama 20 minit/ sehingga masak.

Sejukkan cupcakes sebelum menghias. Selamat mencuba :)



Ingin cuba makanan tambahan Shaklee? Hubungi saya;
* Puan Aliya [Id : 913252]
* SMS/WhatsApp : 019 6629457

No comments:

Post a Comment

anda mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...