Wednesday, January 21, 2015

NUTRISI UNTUK WARGA EMAS

Keperluan Pemakanan bagi Warga Emas

Kebaikan pemakanan yang sihat untuk mengekalkan kesihatan adalah penting untuk warga emas sebagaimana ia penting bagi golongan muda. Kebanyakan warga emas mempunyai keperluan nutrien yang khusus kerana penuaan mempengaruhi proses penyerapan, penggunaan dan perkumuhan. Kombinasi makronutrien, vitamin, mineral, serat dan air adalah sangat penting untuk membekalkan nutrien yang mencukupi bagi golongan warga emas.

Makronutrien

Sebahagian besar nutrien yang terdapat dalam diet seseorang individu adalah terdiri daripada makronutrien. Ia membekalkan tenaga dan nutrien penting yang diperlukan untuk memelihara kesihatan.
Makronutrien merupakan nutrien yang membekalkan kalori atau tenaga. Makronutrien terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu karbohidrat, protein dan lemak.
Setiap makronutrien tersebut membekalkan kalori, jumlahnya berbeza seperti berikut:

Karbohidrat membekalkan 4 kalori bagi setiap gram
Protein membekalkan 4 kalori bagi setiap gram
Lemak membekalkan 9 kalori bagi setiap gram

[ESP Shaklee membekalkan sumber protein terbaik. Menggunakan non-GMO soya dan setiap 850g (satu tin ESP Shaklee / Energizing Soy Protein ( ESP ) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.]

Serat

Serat adalah sebahagian daripada komponen tumbuhan yang tidak boleh dihadamkan oleh sistem penghadaman manusia. Ia hanya terdapat dalam tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang dan bijian. Terdapat dua jenis serat iaitu serat larut dan serat tidak larut. Serat tidak larut akan mengikat kepada air. Ini dapat meningkatkan pukal dan melembutkan najis serta mempercepatkan pergerakan dalam usus.

Antara kebaikan serat kepada kesihatan termasuk:
Mencegah masalah sembelit
Mengurangkan paras kolesterol dalam darah
Kolesterol dikeluarkan dari badan melalui perkumuhan asid hempedu. Serat larut akan terikat pada asid hempedu dan mengakibatkan kolesterol dikeluarkan dari badan. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan seratnya dikatakan dapat menurunkan paras kolesterol darah.
Mengurangkan risik penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser (contoh: kanser kolon).

Saranan Pengambilan Nutrien :

Saranan pengambilan serat adalah sebanyak 20 hingga 30 g/ hari.

[Shaklee menyediakan produk terbaik berasaskan tumbuhan Alfalfa. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.]
Vitamin dan Mineral Yang Penting Bagi Warga Emas

[Vitalea Shaklee juga dikenali sebagai multivitamin yang pertama di dunia. Legkap dengan vtamin dan mineral yang di perlukan tubuh badan kita. Dengan mengambil 2 biji sehari dapat membekalkan Vitamin A, C, Asid folik dan Zat besi yang mencukupi.]

Warga emas mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kekurangan vitamin dan mineral serta lebih mudah untuk mendapat beberapa jenis penyakit seperti gastritis, anemia dan penyakit tulang. Warga emas disarankan untuk mengambil vitamin dan mineral mengikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI).

Vitamin A (Retinol)

Vitamin A diperlukan oleh badan bagi fungsi berikut:
Untuk menghasilkan pigmen retina (mata).
Sistem imun badan berfungsi dengan baik.
Karoten merupakan pro-vitamin A yang boleh ditukarkan kepada vitamin A (retinol). Ia terdapat dalam tumbuhan, terutamanya sayuran berdaun hijau, merah, kuning dan buah berwarna oren

Kekurangan vitamin A yang kronik boleh menyebabkan :
Rabun malam
Hilang selera makan
Kulit kering dan kasar
Sistem imun menjadi lemah
Mata kering

Saranan pengambilan nutrien (RNI):
Lelaki (≥ 60 tahun) : 600µg RE/ hari
Wanita (≥ 60 tahun) : 600µg RE/ hari

Vitamin C

Vitamin C diperlukan oleh badan untuk fungsi berikut :
Membantu badan melawan jangkitan
Mengurangkan risiko penyakit
Membantu dalam penyerapan ferum

Kekurangan vitamin C yang kronik boleh menyebabkan :
Skurvi
Kurang selera makan
Gusi berdarah
Keletihan
Kemurungan

Saranan pengambilan nutrien (RNI) :
Lelaki (≥ 60 tahun) : 70 mg/ hari
Wanita (≥ 60 tahun) : 70 mg/ hari

Asid folik

Asid folik diperlukan oleh badan bagi fungsi berikut :

Kekurangan asid folik yang kronik boleh menyebabkan :
Anemia
Lemah
Keletihan
Sukar untuk menumpukan perhatian
Kerengsaan
Nafas pendek (shortness of breath)
Kecelaruan fikiran (dementia)
Kemurungan

Saranan pengambilan nutrien (RNI):
Lelaki (≥ 60 tahun) : 400µg
Wanita (≥ 60 tahun) : 400µg

Zat besi

Zat besi diperlukan oleh badan untuk fungsi berikut :
Untuk menghasilkan sel darah merah
Untuk mengangkut oksigen dalam badan
Penting untuk fungsi otak terutamanya bagi pembelajaran dan daya ingatan

Kekurangan zat besi yang kronik boleh menyebabkan :
Kulit pucat
Badan lemah
Lesu
Anemia

Saranan pengambilan nutrien (RNI) :
Lelaki ( ≥ 60 tahun) : 14 mg
Wanita ( ≥ 60 tahun) : 11 mg

Kalsium

Kalsium diperlukan oleh badan bagi fungsi berikut :
Untuk membina dan mengekalkan kesihatan gigi dan tulang
Untuk mengurangkan kehilangan jisim tulang
Untuk membantu dalam pembentukan dan pemeliharaan tulang.
Untuk mengekalkan imbangan homeostasis kalsium
Untuk membantu dalam pembekuan darah secara normal
Untuk mengekalkan fungsi saraf dan kawal atur otot jantung

*Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan kalsium dan kesihatan tulang.

Kekurangan kalsium yang kronik boleh menyebabkan :
Pengecutan otot
Sakit otot
Kekejangan
Kebas di tangan dan kaki
Osteomalasia (tulang lembut)
Osteoporosis

Saranan pengambilan nutrien (RNI) :
Lelaki (≥60 tahun) : 800 mg
(>65 tahun) : 1000 mg
Wanita (≥60 tahun) : 1000 mg

Zink

Zink diperlukan oleh badan bagi fungsi berikut :
Membantu proses penghadaman karbohidrat, lemak dan protein
Mencegah pengurangan sensitiviti deria rasa dan hidu

Kekurangan zink yang kronik boleh menyebabkan :
Penyembuhan luka yang lambat
Kehilangan deria rasa

Saranan pengambilan nutrien (RNI) :
Lelaki (≥ 60 tahun) : 6.7 mg
≥ 65 tahun : 6.2 mg
Wanita (≥ 60 tahun) : 4.9 mg
≥ 65 tahun : 4.2 mg

Air

Air diperlukan untuk meningkatkan fungsi badan. Ia membantu dalam:
Penghadaman, penyerapan, peredaran (darah mengandungi 80% air) atau perkumuhan (urin mengandungi 97% air)
Mengawal suhu badan serta sebagai pelincir sendi dan organ dalaman seperti usus dan perut.

Pengambilan air adalah penting untuk warga emas kerana mereka kurang rasa haus. Saranan pengambilan air : 6 - 8 gelas sehari atau 1.5 - 2 L sehari

Jika anda mempunyai pertanyaa mengenai produk ini; hubungi:
* Puan Aliya [Id : 913252]
* SMS/WhatsApp : 019 6629457

**produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang jenis penyakit.**

No comments:

Post a Comment

anda mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...