Monday, September 30, 2013

10 TIP NAIKKAN KADAR METABOLISMA

Apa itu metabolisme? 

metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah.

Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

10 Tip Cepatkan metabolisme Badan

■ Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

■ Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.


■Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.

■ Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

■ Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

■ Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.

■ Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.

■ C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.


■ Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

■ Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijaudan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Credit: kevin zahri


✔ NOOR ALIYA BINTI HEDIL
✔ SMS | whatsapp : 019 - 6629457
✔ SHAKLEE ID : 913252


**produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang jenis penyakit.**

Wednesday, September 18, 2013

TIP PENGAMBILAN VITAMIN YANG BERKESAN

Tips Pengambilan Vitamin Yang Berkesan

Misi kami adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja. Setiap produk yang masuk ke dalam setiap botol shaklee direka untuk meningkatkan kesihatan, bekerja tanpa kompromi dan merupakan mesra alam. Apabila anda menggunakan produk ini, anda akan pasti akan 3 perkara iaitu: SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM.Semenjak saya bergelar Pengedar Sah Shaklee, kerap kali saya ditanya,

“Boleh berikan saya jadual makan vitamin tak?”

“Boleh saya tahu, jadual pengambilan yang saya ambil ni, betul atau tak”

dan bermacam-macam lagi soalan, tetapi semuanya adalah merujuk kepada, JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN YANG SESUAI.Kebanyakkan mereka yang bertanya soalan seperti ini, adalah mereka yang baru mengambil vitamin atau ingin menambah beberapa vitamin yang lain.

Jadi, “Bilakah masa yang sesuai untuk mengambil vitamin? Setiap vitamin ada waktu yang sesuai untuk di ambil. Ada yang sesuai untuk di ambil waktu siang, ada yang sesuai untuk di ambil waktu malam.

Saya lebih suka mencadangkan pengambilan suplemen adalah pada waktu malam.

Kenapa?

Kerana secara teorinya, vitamin2 ini akan mudah diserap oleh badan semasa tubuh kita dalam keadaan rehat. Jadi masa tidurlah masa yang terbaik kan? Tapi saya pasti, tak semua orang berkesempatan untuk mengambil vitamin just right before sleep. Macam saya jugak, nak tidurkan anak dengan saya sekali confirm terlena sekali.. Hehe..

Jadi, untuk menyenangkan jadual kita, kita cuma perlu alert kepada beberapa rules. Ikut jerules ni, insya Allah selamat.

BASIC RULES : DO

Vitamin Larut Air (B & C)

Seelok elok nya di ambil dengan segelas air dan elakkan pengambilan makanan yang berlemak / berminyak.

Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K)

Di ambil selepas mengambil makan berminyak/berlemak sebab vitamin larut lemak memerlu kan lemak untuk memudah kan penyerapan.

OsteMatrix (Calcium)

Seelok nya di ambil bersama produk tenusu seperti susu. So make sure calcium anda mempunyai magnesium sebab magnesium membantu calcium lebih mudah untuk di serap.

Iron

Di ambil bersama Vitamin C sebab iron perlu kan vitamin C untuk lebih mudah di serap.

Zinc

Di ambil bersama makanan. Kurang makanan, boleh menyebab kan loya.

Pengambilan air putih sebanyak 2-3L sehari.

BASIC RULES : DON'T!

Alfalfa + Vitamin E

Elak kan pengambilan Alfalfa bersama Vitamin E kerana alfalfa akan menggangu penyerapan vitamin E.

Kalsium + Iron

Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vita Lea mempunyai iron. So, elakkan pengambilan bersama OsteMatrix.

Alfalfa + GLA Complex

GLA Complex mempunyai vitamin E, again read no 1.

Vitamins + Kafein

Pengambilan vitamin bersama kafein seperti teh & kopi akan mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.

Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil Vita Lea kerana VL mempunyai iron.

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

1. After Breakfast : Vitamin2 yang memberi tenaga

·                     B-Complex

·                     Vita-Lea

·                     Vitamin C

·                     ESP/Cinch/Meal Shake

2. After lunch : Selalunya lepas lunch, makan berat dan berlemak.. Jadi sebaik2nya ambil vitamin yang membantu menyerap lemak

·                     Vitamin E

·                     GLA

·                     Lecithin

·                     Omega

3. Selepas Dinner

·                     Lecithin

·                     Zinc (ini bukan ambil setiap hari, melainkan ada masalah rambut gugur, atau berpantang)

·                     Alfalfa

4. Sebelum Tidur

·                     Ostematrix

·                     ESP (ini boleh pilih, samada nak pagi atau sebelum tidur. Sekali sehari, sudah memadai)

·                     Herb-Lax

Lain-lain:

·                     Nutriferon seminggu sepeket, kecuali bila rasa nak demam atau sedang demam, boleh ambil hari2

·                     Meal Shake/ Cinch – sama waktu dengan ESP

·                     Vivix – Selepas makan

EXTRA TIPS :

Lecithin

For those yang mengambil Lecithin untuk tujuan berdiet / merendah kan Kolestrol,

ambil 2x after breakfast, 2x after lunch, 2x after dinner beserta dengan 2@3 biji alfalfa.

Zinc

Seminggu 2 kali kecuali mereka yang megalami masalah rambut serius.

Alfalfa

Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama segelas ESP.

Esp

Tidak boleh dibancuh dengan air panas


* Anda perlu minum sekurangnya 3 liter air masak sehari dapat membantu peneyrapan supplemen secara  berkesan. Anda mungkin mengalami healing crisis, atasinya dengan pengambilan air yang banyak.

* Bagi Muslim, pengambilan supplemen harus disertai dengan doa & tawakal kepada ALLAH.

* InshaAllah semoga usaha diberkati, setiap yang berusaha pasti BERJAYA.

**produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang jenis penyakit.**

anda mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...