Sunday, August 14, 2022

lollichoc making workshop~~

LOLLICHOC MAKING WORKSHOP

CALL: 01155293039 

EMAIL: lovelychocolata@gmail.com

pheeeewwwittttt~~~

finally...siap :D
yg ni after di combine all together...tapi bkn final touch tau hihihi
sgt2 x sabar nk upload gmbr chocs kali ni...hihihi blm siap pn huhuhu br 10% complete hihi di sebab kan terase chocs ni sgt2 cute miut tu yg sepantas kilat upload hahaha (puji diri sendiri - xmalu ngeee) tapi sirius mmg cute..yg ni order from sizqha...kate nye nak chocs yg vogue...hahah nak tgk final touch??? dah siap nanti aliya upload k...
daaa~~~love aliya :D

lovely doovey~~~

tempahan dr "baby" sempena majlis pertunangan kawan nye..tq :D

Thursday, January 18, 2018

8 Kesan Yang Biasa Dialami Wanita Setelah Makan Pil Perancang

Menjarakkan kehamilan dengan pil perancang adalah salah satu pilihan yang membolehkan wanita mencapai kesihatan optimum sebelum mengandung lagi.

Walaupun secara umumnya pil perancang adalah selamat untuk diamalkan, namun terdapat beberapa kesan sampingan yang akan dirasai oleh wanita pada awal pengambilannya.

1. SPOTTING / PENDARAHAN


Menurut sumber, 50% daripada pengguna pil perancang akan mengalami pendarahan vagina pada luar waktu jangkaan haid. Antara faktor penyebabnya adalah disebabkan reaksi tubuh yang cuba menyesuaikan diri dengan kadar hormon yang berbeza.
Ketika berlakunya pendarahan, pil perancang masih efektif asalkan ia diambil dengan cara yang betul dan tiada dos yang ditinggalkan.

Sungguhpun pendarahan boleh berlaku secara on-off dalam masa 3 bulan setelah bermulanya pengambilan pil perancang, wanita yang mengalami pendarahan ringan selama 5 hari atau pendarahan teruk selama 3 hari disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor tentang keserasian pil yang diambil. Namun lazimnya 90% daripada masalah ini akan selesai selepas pengambilan pek pil perancang yang ketiga.

2. MISSED PERIOD

Berbeza daripada kesan sampingan di atas, ada wanita pula yang langsung tidak datang haid pada waktu yang sepatutnya. Kalau ada pun, hanyalah beberapa titik yang sangat sedikit.

Sungguhpun haid juga boleh terjejas disebabkan stres, sakit, travel, atau masalah kesihatan seperti tiroid, pengambilan pil perancang juga boleh menjadi punca kepada masalah ini. Untuk kepastian, lakukan pemeriksaan kehamilan pada bulan berikutnya dan tanyakan pada doktor jika haid anda masih tidak normal.

3. MUAL / LOYA

Ada yang berasa loya setelah mengambil pil perancang yang pertama. Namun simptom selalunya akan berkurang selepas beberapa ketika.

Mengambil pil perancang dengan bersama sedikit makanan atau ketika masuk tidur mungkin dapat membantu anda yang mengalami masalah ini.

Walaubagaimanapun, jika loya bertambah serius sehingga menyebabkan muntah-muntah yang teruk, sila dapatkan nasihat doktor sebelum meneruskan pengambilan pil perancang yang berikutnya.

4. RASA BENGKAK PADA PAYUDARA


Bagi sesetengah wanita, pengambilan pil perancang boleh menyebabkan payudara terasa besar dan bengkak. Sepatutnya, dalam masa beberapa minggu, kesan sampingan ini akan semakin menghilang.

Antara langkah yang boleh membantu mengurangkan kesakitan ini adalah dengan mengehadkan pengambilan kafein dan garam serta memakai bra yang sesuai untuk memberi lebih sokongan.

Jika kesakitan berlarutan dan terasa seperti ada ketulan, pastikan anda tidak teragak-agak untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

5. SAKIT KEPALA

Menurut sumber, hormon seks memiliki kesan yang boleh menyumbang kepada sakit kepala dan migrain. Setiap jenis pil dan dos hormon tertentu yang terkandung di dalamnya boleh memberi simptom sakit kepala yang berbeza.

Jika sakit kepala masih berterusan dan bertambah teruk, bertanyalah pada doktor sama ada anda patut mempertimbangkan alternatif perancang yang lain.

Rasa mual, pening, loya, dan pitam adalah tanda-tanda tekanan darah rendah

6. PENAMBAHAN BERAT BADAN

Secara klinikalnya, tiada perkaitan yang konsisten mengaitkan penggunaan pil perancang dengan kenaikan berat badan yang mendadak.
Tetapi ramai yang mengambilnya melaporkan masalah fluid retention atau ‘bengkak air’ pada bahagian payudara dan pinggang.

Selain itu, pembengkakan kornea mata boleh juga terjadi di mana kanta lekap tidak dapat lagi muat pada tempatnya. Jadi bagi pemakai contact lens, ambil perhatian jika anda berasa perubahan pada jarak pandangan dan ketidakselesaan.

7. DISCAJ PADA VAGINA

Discaj seperti keputihan atau lendiran mungkin akan bertambah atau berkurang berbanding hari-hari biasa.

Umumnya, discaj ini tidaklah merbahaya. Tetapi ia boleh menyebabkan sedikit ketidakselesaan. Penjagaan kebersihan amat penting agar sebarang jangkitan boleh dielakkan.

8. PERUBAHAN MOOD / KEINGINAN SEKSUAL


Disebabkan kurangnya lendiran atau discaj pada vagina, keinginan seksual atau hubungan suami isteri boleh terjejas.

Dalam kes terpencil, sebahagian wanita turut melaporkan masalah gangguan emosi disebabkan perubahan hormon setelah mengambil pil perancang. Maka sekiranya anda pernah mengalami masalah depresi, jangan lupa untuk memberitahunya kepada doktor anda.

ANTARA TANDA YANG PERLU DIPANTAU SEGERA

Jika terdapat tanda-tanda ini, pastikan anda berjumpa doctor dengan segera sebelum meneruskan pengambilan pil perancang setiap hari.

i) Sakit perut / abdomen
ii) Sakit dada / sesak nafas
iii) Pening / sakit kepala yang melampau
iv) Masalah penglihatan / kekaburan
v) Bengkak, kemerahan, atau kesakitan pada kaki dan peha

Walaupun kini pil perancang boleh didapati dengan mudah di farmasi, pastikan anda berbincang dengan doktor untuk memastikan kesesuaian pil perancang yang diambil. Doktor akan memeriksa kondisi kesihatan anda, sejarah alahan, latarbelakang penyakit yang dihidapi oleh keluarga, dan lain-lain keperluan.

Dengan mengambil kira semua faktor ini, anda mungkin dapat mengurangkan risiko kesan sampingan yang dialami daripada pengambilan pil perancang yang dipreskripsikan.










***********************************************************
Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai produk ini; hubungi:
* Puan Aliya [Id : 913252]
* SMS/WhatsApp : 019 6629457
***********************************************************




**produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang jenis penyakit.**

MENGUATKAN DAYA INGATAN

Tips Menguatkan Daya Ingatan

Umumnya daya ingatan atau kemahiran kognitif seseorang itu akan berkurangan secara beransur-ansur selepas umur 27 tahun. Namun begitu, beberapa usaha boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan kognitif ini dan seterusnya dapat meningkatkan semula daya ingatan, di samping dapat menghindari penyakit Alzheimer dan nyanyuk yang lain.


Pakar-pakar kognitif menggariskan beberapa kaedah bagi meningkatkan daya ingatan, iaitu dengan:

1. Senaman dan aktiviti fizikal (seperti berjalan, jogging, naik tangga bukan naik lift) secara rutin

Ini dapat menyihatkan jantung, kurang risiko obes dan diabetes kerana senaman ini dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan menyebabkan kurangnya pengecutan otak.

2. Tukar rutin harian

Membuat rutin harian atau melihat perkara yang sama setiap hari menjadikan otak kita kurang berfungsi secara maksimum kerana tidak perlu berfikir. Ini menjadikan otak kurang aktif dan akan mempercepatkan lagi kemerosotan daya ingatan. Contohnya, tukar cat dinding atau wall paper, ikut jalan berlainan untuk pergi ke tempat biasa atau tempat kerja supaya otak lebih peka dan berfikir.

3. Tidur sekejap waktu siang

Kelebihan tidur sekejap waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, sudah menjadi sunnah Rasulullah SAW sejak lebih daripada >1430 tahun yang lalu. Kini, kelebihan tidur sekejap waktu siang juga telah diakui oleh pakar kerana ia dapat mempercepatkan proses yang membantu otak menguat dan menyimpan ingatan bagi tempoh yang lama.

4. Minda fotograf

Ingatan diproses dan disimpan di kawasan berlainan dalam otak. Oleh itu, bagi membantu menguatkan ingatan, amalkan minda fotograf iaitu dengan cara tangkap gambar di minda menggunakan deria yang ada, seperti deria penglihatan (lihat dan ingat apa-apa yang anda lihat, perhatikan warna, tekstur, rupa bentuk yang unik, dsb. yang boleh mengingatkan anda sesuatu yang pernah dilihat.), deria bau (camkan bau-bau tertentu), deria rasa (camkan rasa tertentu) dan lain-lain.

Menggunakan minda fotograf ini dapat membantu anda mengingati sesuatu dalam tempoh yang lama.

5. Kurangkan makan

Kajian menunjukkan orang yang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan sebanyak 30% dapat skor ujian memori lebih baik 20% berbanding sebelumnya. Ini mungkin disebabkan oleh pengurangan tahap insulin dihasilkan kerana ia kurang diperlukan untuk memproses makanan yang berkurangan jumlahnya, dan juga pengurangan protein C-reaktif yang berkait dengan keradangan. Kedua-dua faktor ini dapat memperbaiki daya ingatan.

Kajian juga mendapati orang yang makan dengan diet Mediterranean iaitu makanan yang kaya dengan sayuran, kekacang, ikan dan minyak monotepu (seperti minyak zaitun), daging dan produk tenusu kurang lemak mempunyai risiko paling rendah menghadapi masalah kognitif dan penyakit Alzheimer.

6. Permainan latih otak

Permainan latih otak seperti soduko, silang kata, dan lain-lain, dapat membantu menguatkan daya ingatan dan melambatkan nyanyuk.

7. Layari internet

Beri masa bagi melayari internet dalam tempoh tertentu bagi melatih otak semasa mencari maklumat. Pakar neurologi yang bernama Gary Small (Pengarah di UCLA Memory & Aging Center, USA yang juga pengarang buku iBrain mengatakan bahawa melayari internet untuk mendapat sesuatu maklumat juga dianggap sebagai kursus latihan otak, terutamanya bagi orang-orang yang berumur antara 55 hingga 76 tahun. Ini dapat membantu mereka dalam membuat keputusan kerana maklumat yang banyak dalam minda/otak.

8. Berhenti sekejap untuk minum teh atau kopi

Teh hijau dan teh hitam memberi kesan perlindungan ke atas ingatan dengan cara mempengaruhi dan merangsang enzim di dalam otak supaya berfungsi. Kafein yang banyak dalam kopi pula meningkatkan konsentrasi. Namun begitu, jangan minum kafein secara berlebihan jika mahu mendapatkan manfaatnya, terutamanya bagi melambatkan fenomena nyanyuk pada hari tua.

9. Atasi depresi (kemurungan)

Depresi yang tidak dirawat boleh mengganggu memori/daya ingatan. Jika anda mengalami depresi, segera dapatkan nasihat dan rawatan doktor.

10. Amalkan multi-tasking (kerja pelbagai)

Multi-tasking atau kebolehan melakukan pelbagai kerja/tugas dalam satu masa boleh meningkatkan daya ingatan. Contohnya, dengar muzik atau radio sambil belajar. Dengan cara ini, ingatan boleh dikembalikan atau ditajamkan dengan mengingati sesuatu melodi tersebut. Jika tidak boleh membuat beberapa kerja dalam satu masa, anda perlulah belajar dan praktiskan.

11. Kawal tahap gula dalam darah

Kajiaan menunjukkan fungsi otak menjadi perlahan apabila tahap gula dalam darah naik. Ini kerana salur darah yang membekalkan darah ke otak rosak. Jika anda pengidap diabetes Type-2, tahap gula dalam darah perlu dikawal. Jika sekiranya anda bukan pesakit diabetes, berat badan yang normal perlu dijaga dengan mengamalkan diet seimbang dan kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat bagi mengurangkan risiko mendapat diabetes.

12. Senaman mata

Gerakkan bola mata ke kiri dan ke kanan selama 30 saat sebagai senaman mata. Ini dapat membantu mencantumkan dua hemisfera otak. Apabila kedua-dua hemisfera otak dapat berkomunikasi dengan baik, maka sesetengah ingatan dapat dikembalikan atau dikeluarkan.

13. Makan sayuran hijau

Kekurangan folate dan vitamin B12 akan meninggikan risiko nyanyuk. Sayuran hijau pula merupakan sumber folate yang baik (contohnya, sayur salad, bayam, asparagus, parsley, brokoli, cauliflower (bunga kobis), beets dan sayur kacang) bagi mengurangkan nyanyuk. Selain itu, suplemen seperti vitamin C, gingko biloba, vitamin E dan kismis juga digalakkan.

14. Tangani apnea tidur

Orang yang mengalami apnea semasa tidur (iaitu keadaan yang melibatkan laluan udara tersumbat semasa tidur menyebabkan pernafasan terhenti sebentar) akan menyebabkan keadaan tisu di otak yang menyimpan memori akan merosot.

15. Belajar sesuatu yang baru

Dalam kehidupan seharian, banyak perkara atau aktiviti baru yang boleh dipelajari, selain daripada aktiviti yang biasa dilakukan secara rutin. Contohnya, permainan latihan minda yang baru, belajar bahasa baru, dan aktiviti-aktivi lain. Ini akan meningkatkan daya ingatan.

16. Berhenti merokok

Perokok mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit Alzheimer lebih awal daripada bukan perokok.

17. Makan coklat hitam

Coklat hitam yang mengandungi sebatian epicatechin memberi kesan peningkatan daya ingatan seseorang kerana ia membantu pembinaan salur darah. Makanan lain yang mengandungi epicatechin ialah blueberries, anggur dan teh.

18. Letak barang-barang pada tempatnya

Ingatan kita juga perlu kepada sesuatu kedudukan barang yang biasa bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Contohnya, letakkan kunci, cermin mata, payung, remote control atau sebagainya di tempat yang sama setiap masa, jangan selalu diubah-ubah sana sini. Jika selalu ubah barang-barang yang digunakan setiap hari, boleh memeningkan kepala untuk mencarinya, terutama sekali kalau hendak cepat. Jika tenang dan fikirkan semula urutan kejadian tanpa gopoh, otak mampu berfungsi mengingatinya.

Bagi memudahkan diri sendiri mengingati sesuatu perkara, temu janji atau peristiwa, buatlah nota peringatan.

19. Jangan bersara awal

Jika anda gembira dan merasai kepuasan dengan kerja yang dilakukan, janganlah bersara awal. Bekerja akan membantu mengekalkan daya ingatan dan tidak cepat menjadi pelupa atau nyanyuk. Jika bersara anda akan berhenti terus berfikir mengenai kerja kerana anda hanya lakukan kerja rutin yang tidak perlu menggunakan fikiran yang tajam, dan ini akan mempercepatkan lagi seseorang itu menjadi pelupa.

20. Majlis silaturrahim dengan rakan taulan

Mengadakan majlis perjumpaan, majlis ilmu dan bersilaturrahim sesama rakan-rakan dapat meningkatkan daya ingatan, terutamanya bagi warga emas dan mampu melambatkan risiko nyanyuk.

***********************************************************
Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai produk ini; hubungi:
* Puan Aliya [Id : 913252]
* SMS/WhatsApp : 019 6629457


***********************************************************

**produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang jenis penyakit.**

Tuesday, November 28, 2017

VIVIX MEMBANTU RAWATAN

Hampir 5 tahun menjadi pengedar produk Shaklee, saya dapati ramai yang telah mengenali produk ini; VIVIX. Namun rata-rata masih tidak tahu apakah manfaat produk ajaib ini. Vivix atau lebih dikenali dengan nama sirap shaklee bukanlah ubat. Ianya makanan tambahan yang mampu membantu kaedah rawatan dengan lebih berkesan.

Vivix Shaklee adalah produk premium hebat yang mengandungi campuran bahan resveratrol dan 15 jenis polifenol daripada anggur muscadine dan 3 lagi ramuan yang memberikan banyak manfaat kepada kesihatan. Vivix Shaklee telah dibangunkan dan dikaji berulang kali untuk mendapatkan manfaat kesihatan yang optimum.

1. Vivix Shaklee bertindak sebagai antioksidan yang terbaik.

Vivix Shaklee mengandungi profil polifenol unik yang mempunyai kuasa antioksidan terbesar. Ia mengandungi gabungan polifenol iaitu ellagitannin dan asid ellagic yang dapat membantu melawan radikal bebas dalam tubuh kita.

Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham, Massachusetts pada tahun 2003 , anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji. Ini juga bersamaan dengan 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding blueberri.

Anggur muscadine juga kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins (OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksidan yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.

Selain itu, anthocyanin yang ditemui dalam elderberries juga mempunyai kapasiti antioksidan melebihi vitamin E atau vitamin C.

Gabungan 4 ramuan hebat dalam Vivix Shaklee membantu menjadikan Vivix Shaklee sebagai antioksidan super pada zaman ini.

2. Melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria dan kulat.

Anggur muscadine merupakan anggur unik yang dapat melindungi dirinya sendiri daripada jangkitan bakteria atau kulat. Dengan kulit yang keras, ia tidak memerlukan racun perosak untuk melindungi dirinya.

Justeru dengan anggur muscadine sebagai salah satu ramuan dalam Vivix Shaklee, ia memberikan perlindungan berganda kepada tubuh daripada jangkitan bakteria atau kulit. Vivix Shaklee boleh digunakan untuk masalah jangkitan seperti sakit tekak, batuk, pneumonia, selesema, ulser mulut dan pelbagai lagi jangkitan. Ia akan dapat membantu anda pulih dengan cepat.

Selain anggur muscadine, Vivix Shaklee turut mengandungi lobak ungu. Lobak ungu sangat bagus melawan virus dan bakteria yang mudah berjangkit dan merebak seperti flu, campak dan jangkitan dalaman seperti jangkitan di salur kencing, mulut dan perut.

3. Vivix Shaklee membantu melindungi tubuh daripada suhu yang melampau.

Vivix Shaklee mengandungi bahan fenolik yang dapat melindungi tubuh daripada suhu melampau dan kelembapan yang berlebihan pada alam sekitar. Ia dapat menghalang pertumbuhan bakteria dalam alam sekitar justeru dapat mencegah jangkitan daripada menyerang tubuh anda.

Ini adalah disebabkan Vivix Shaklee mengandungi ramuan yang disebut sebagai Elderberry. Berdasarkan kajian di dalam Journal of International Medical Research, mereka yang mengambil Elderberry sembuh dari selesema 4 hari lebih awal berbanding mereka yang tidak mengambil nutrisi ini. Kajian makmal juga menunjukkan elderberry membantu menghalang selesema burung dan babi.

4. Vivix Shaklee bertindak sebagai anti-penuaan yang hebat.

Vivix Shaklee mengandungi resveratrol dan polifenol 10x lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal. Bahan ini mempunyai kesan anti penuaan terbesar yang memberikan kesan kepada 4 mekanisme utama penuaan pada tahap selular. 4 mekanisme ini adalah:
Pertahanan sel
Tenaga Sel
Memperbaiki sel
Prestasi sel.

Jika semua mekanisme ini dilindungi dengan baik, penuaan selular akan dapat diperlahankan dan anda akan sentiasa awet muda di samping melindungi daripada penyakit kronik yang disebabkan oleh penuaan.

5. Vivix Shaklee membantu untuk mencegah sembelit

Vivix Shaklee mempunyai lebih banyak serat berbanding oat dan beras. Tingginya khasiat serat ini dapat membantu pencernaan dan penyerapan nutrisi yang baik daripada makanan.

Ini disebabkan Vivix Shaklee mengandungi lobak ungu yang sangat bermanfaat kepada kesihatan. Akar lobak ungu ini telah lama digunakan untuk merawat masalah usus, masalah penghadaman, masalah tonsil dan sembelit.

Selain itu 35 biji muscadine mengandungi 105 kalori dan 7g fiber dan merupakan buah yang sangat tinggi dengan serat larut. Ini bermakna 1 biji anggur muscadine mengandungi 5x ganda fiber berbanding anggur biasa.

Dalam 100ml Vivix Shaklee mengandungi 6gm fiber jadi tentunya sangat membantu perut dan masalah sembelit.

6. Vivix Shaklee pilihan yang baik untuk diet yang sihat.

Selain mencegah sembelit, serat yang tinggi dalam Vivix Shaklee merupakan pilihan yang baik untuk diet. Ia membantu sistem pencernaan anda menyerap nutrien daripada makanan dengan lancar. Di samping itu, Vivix Shaklee juga boleh menyekat pengambilan kalori anda kerana kompaun resveratrol itu.

Vivix Shaklee meniru kesan positif daripada senaman dan sekatan kalori (kurang makan)iaitu dengan resveratrol mengaktifkan gen SIRT1. Pengaktifan SIRT1 melakukan tindak balas biokimia positif yang menghasilkan fungsi mitokondria dan biogenesis.

Melalui Vivix Shaklee, diet yang sihat dapati ditemui dengan cara:
Kandungan fiber yang tinggi dalam Vivix Shaklee iaitu sekitar 6mg dalam setiap hidangan.
Membantu proses pencernaan dan penyerapan nutrisi yang lebih lancar.
Menyekat kalori dengan pengaktifan gen SIRT1

Sebab ini jugalah Vivix Shaklee dapat membantu anda menguruskan badan.

7. Vivix Shaklee membantu mencegah kanser.

Vivix Shaklee melalui resveratrol mempunyai keupayaan untuk mencegah kanser disebabkan kandungannya yang bersifat antioksidan. Radikal bebas yang menyebabkan mutasi sel dapat dielakkan dengan sifat antioksidan yang kuat. Selain itu, Vivix Shaklee dapat membantu pencegahan kanser dari segi:


Merencat pertumbuhan sel kanser
Memelihara sel yang normal
Mempercepatkan proses penyembuhan.
Meneutralkan radikal bebas sebagai antioksidan yang kuat di peringkat pertama
Bertindak sebagai anti-radang pada peringkat kedua
Menghalang pembentukan salur darah baru pada peringkat ke-3.
Resveratrol bertindak sebagai bahan yang sensitif kepada tumor, ia menjadikan sel yang malignan lebih sensitif terhadap terapi radiasi.
Resveratrol juga membuatkan tisu yang normal (tidak dijangkiti kanser) kurang sensitif terhadap radiasi. Ini membantu mengurangkan kesan sampingan radiasi pada tisu yang normal.


Resveratrol membantu meningkatkan kesan kemoterapi yang membuatkan kadar lebih tinggi untuk mematikan sel kanser. Penemuan ini dilaporkan pada Mac 2008 dalam jurnal Advances in Experimental Medicine and Biology.

8. Vivix Shaklee memastikan semua organ badan bekerja dengan baik dan kekal sihat

Resveratrol dalam Vivix Shaklee berpotensi meningkatkan kesihatan organ badan. Resveratrol boleh mengaktifkan pengawal selia genetik yang mempromosi sel yang dapat bertahan lama dan memberikan kesan positif ke atas kesihatan selular dan metabolisme. Ia akan menyimpan organ-organ anda mempunyai metabolisme yang baik.

Dalam kajian yang dijalankan mendapati resveratrol dapat membantu melambatkan penuaan pada tahap selular. Kajian ini menjelaskan resveratrol dapat mengaktifkan pengawal selia genetik yang dapat memberikan kesan positif ke atas DNA, kesihatan pada tahap selular dan metabolisme (melalui mitokondria).

Vivix Shaklee membantu mempromosi sel yang sihat melalui pengawal selia genetik

9. Vivix Shaklee membantu menyokong rawatan diabetes kencing manis.

Vivix Shaklee mengandungi resveratrol yang boleh menyekat kalori dalam badan. Ini adalah baik untuk pesakit diabetes kencing manis untuk menjaga kalori dalam jumlah yang normal supaya glukosa darah boleh dikawal. Selain itu Vivix Shaklee membantu penyakit diabetes kencing manis dari segi:

a. Resveratrol memperbaiki penghasilan insulin

Dalam kajian klinikal yang diterbitkan oleh British Journal Of Nutrition menyebut pengambilan resveratrol oleh pesakit diabetes telah membantu mengurangkan paras gula dengan cara:
Memperbaiki penghasilan insulin
Memperlahankan peningkatan glukosa selepas ujian makan

b. Meningkatkan sensistiviti tubuh terhadap hormon insulin

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, diabetes/kencing manis dapat dihentikan.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh NCBI, menyatakan resveratrol dengan ketara telah menurunkan rintangan insulin. Kajian ini menunjukkan buat kali pertama bahawa resveratrol meningkatkan sensitiviti insulin pada manusia.

c. Resveratrol Meningkatkan Fungsi Sel Beta Pankreas

Pankreas adalah organ pada sistem pencernaan yang memiliki dua fungsi utama: menghasilkan enzim pencernaan serta beberapa hormon penting. Salah satu hormon ini adalah hormon insulin yang dihasilkan daripada sel beta dalam pankreas.

Dalam kajian yang dibuat pada tahun 2014 dan diterbitkan oleh NCBI, menunjukkan rawatan dengan resveratrol membantu merencatkan membawa kepada peningkatan aktiviti dalam β-sel pankreas yang berfungsi menghasilkan hormon insulin.

d. Resveratrol Mengurangkan Penghasilan Gula Oleh Hati (hepar)

Satu kajian dilakukan pada tahun lalu (2016) diterbitkan juga oleh NCBI, para saintis mendapati resveratrol dapat membantu mengurangkan fungsi GLUT2 (glocose-transporter 2 protein) yang sekaligus membantu mengurangkan penghasilan gula oleh hati.

Selain daripada kaedah di atas, resveratrol juga membantu memperbaiki penyakit diabetes / kencing manis dengan 5 cara berikut:


Mengawal kepekatan gula dalam darah
Mengaktifkan enzim SIRT1
Menggalakkan PenyembuhanLuka Dengan Cepat
Memperlahankan Pembentukan Protein AGE
Membantu tingkatkan tenaga, atasi kelesuan


10. Vivix Shaklee membantu melindungi dan memperbaiki DNA pada tahap selular.

Resveratrol dalam Vivix Shaklee juga boleh melindungi dan membaiki DNA selular dari kerosakan. Ia akan membantu sel-sel di dalam badan boleh pulih dengan cepat apabila mereka berada di dalam kerosakan.

Sel badan kita diserang setiap hari oleh tiga perkara yang menyebabkan kerosakan kepada DNA mereka iaitu:


Pengoksidaan yang berlaku dengan tekanan yang berlebihan
Mutasi sel yang abnormal
Faktor persekitaran seperti radiasi tahap rendah atau pendedahan kepada toksin.


DNA terdapat pada setiap sel dan dilindungi di dalam sel. Apabila sel badan diserang, DNA turut sama terjejas dan berdepan dengan bahaya justeru boleh mengganggu fungsi sel tertentu dan menyebabkan sel mati secara necrosis.

Peredaran masa menyebabkan sel-sel terdedah kepada lebih banyak peluang untuk gagal, kecuali ada sesuatu yang boleh memulihkan atau membaiki lembar DNA daripada serangan ini.

Selain itu, penuaan pada tahap selular juga disebabkan oleh pengawal selia genetik. Pengawal selia genetik berfungsi mengawal keseimbangan yang dinamik di antara kerosakan dan pembaikan, termasuk samada sel-sel dapat dihidupkan semula atau terus mati. Semakin kita menua, pertahanan semulajadi dan keupayaan membaiki diri akan berkurangan. Justeru meningkatkan fungsi pengawal selia genetik ini dapat merangsang kelangsungan hidup.

Dalam hal ini, Vivix Shaklee dengan kuasa resveratrol dan polifenol dapat membantu:


Membantu melindungi dan membaiki DNA selular
Memberikan kesan positif kepada pengawal selia genetik yang membantu melawan penuaan selular


Vivix Shaklee antipenuaan terbaik

11.Vivix Shaklee menyokong kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular.

Trans-resveratrol adalah resveratrol yang stabil yang menyokong jantung yang sihat. Ia mempunyai kesan anti-radang untuk mengekalkan saluran jantung terutama arteri jantung dari sebarang kerosakan. Ia boleh menyokong fungsi kardiovaskular berjalan dengan baik.

Resveratrol didapati boleh membawa kesan potensi untuk perlindungan jantung antaranya:

a. Mencegah penggumpalan platlet

Mencegah penggumpalan platlet kerana resveratrol bertindak mencegah sel-sel darah melekatantara satu sama lain yang seterusnya akan membentuk gumpalan. Gumpalan ini akan menyumbat saluran kecil pada jantung, dan seterusnya akan menyebabkan berlakunya serangan penyakit jantung.

Selain daripada itu, jika gumpalan ini tersekat pada saluran-saluran dalam otak, ia kan mengakibatkan serangan angin ahmar (strok).

b. Membantu meningkatkan pengaliran darah

Menggalakkan vasodilatasi dengan meningkatkan pengeluaran Nitrik Oksida yang membolehkan salur darah mengendur. Dengan itu ia akan meningkatkan pengaliran darah.

12. Meningkatkan sistem imun.

Flavonoid adalah salah satu sebatian bentuk polifenol dalam Vivix Shaklee. Sebatian flavonoid boleh merangsang sistem imun melalui mekanisme terhadap ejen jangkitan. Ia akan membuatkan antibodi sentiasa kekal dalam keadaan berjaga-jaga.

Dalam Vivix Shaklee mengandungi ramuan buah elderberry sumber yang kaya dengan vitamin A dan juga vitamin C. Elderberry membantu tubuh kita mengekalkan kesihatan yang optimum. Elderberry mengandungi bioflavonoids yang berfungsi meningkatkan sistem imun badan dengan meningkatkan tahap antioksidan.

Pengambilan elderberry secara konsisten setiap hari dapat mencegah penyakit akut dan juga kronik. Selain itu elderberry juga dapat membantu mempercepatkan penyembuhan gejala selesema seperti demam, seram sejuk, sakit tekak, sakit otot dan keletihan.

Ahli sains Jerman yang menjalankan kajian ke atas Elderberi menunjukkan antosianin elderberry meningkatkan fungsi imun dengan meningkatkan pengeluaran cytokines. Ini protein yang unik bertindak sebagai utusan dalam sistem imun untuk membantu mengawal tindak balas imun, seterusnya membantu untuk mempertahankan badan terhadap penyakit.

13. Vivix Shaklee menyokong kesihatan otak.

Sebatian flavonoid dalam Vivix Shaklee juga boleh menyokong kesihatan otak. Ia meningkatkan hubungan antara neuron untuk meningkatkan fungsi kognitif otak. Di samping itu, flavonoid memperbaiki aliran darah ke otak untuk memastikan bahawa otak anda mendapat yang pemakanan dan oksigen yang mencukupi.

Resveratrol dan polifenol dalam Vivix Shaklee mempunyai fungsi antioksidan yang kuat iaitu dapat membantu melawan pembentukan plak seperti yang terlihat pada pesakit alzheimer. Ia juga membantu mengekalkan pertumbuhan neuron yang sihat, ini banyak membantu terutama bagi pesakit parkinson.

Kajian klinikal tentang bahan-bahan ini telah dilakukan ke atas pesakit alzheimer. Ini bermakna dengan pengambilan Vivix Shaklee dapat membantu mengurangkan risiko penyakit alzheimer. Ia melindungi otak anda supaya kekal sihat dan mencegah daripada beberapa penyakit penuaan otak seperti Alzheimer atau demensia.

Vivix Shaklee mengandungi polygadum cuspidatum yang terbaik untuk kesihatan jantung

14. Vivix Shaklee meningkatkan tenaga.

Vivix Shaklee membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan melalui mekanisme trans-resveratrol. Bahan ini menggalakkan biogenesis mitokondria iaitu bahagian dalam sel yang mengawal pengeluaran tenaga.

Mitokondria merupakan ‘kilang tenaga’ sel-sel badan. Lebih daripada 200 jenis penyakit yang diwarisi telah dikaitkan dengan gangguan fungsi mitokondria termasuk kebanyakan penyakit tua seperti penyakit Alzheimer, Parkinson, diabetes, kanser, penyakit jantung dan strok.

Kebanyakan sel mengandungi 200 hingga 5,000 mitokondria. Sel yang mempunyai lebih banyak bilangan mitokondria menghasilkan lebih banyak tenaga. Mitokondria dikenali sebagai ‘kilang tenaga’ bagi sel kerana ia menghasilkan adenosina trifosfat (ATP), iaitu bekalan tenaga biologi yang mengawal kegiatan badan.

Semasa muda, mitokondria menghasilkan ATP yang cukup untuk kita kekal aktif. Apabila usia meningkat, mitokondria kita juga kehilangan bentuk dan struktur, menjadi lebih keras dan menghasilkan tenaga yang kurang.

Kekurangan tenaga memberi kesan kepada setiap sel dan sistem organ badan. Apabila sistem imuniti pula terjejas, badan kita akan mudah terdedah kepada jangkitan dan gangguan masalah autoimun seperti rheumatoid artritis.

Terdapat satu kajian memberi tumpuan kepada mekanisme molekul yang memberikan kesan perlindungan mitokondria resveratrol, yang boleh dieksploitasi bagi pencegahan atau amelioration penyakit yang berkaitan dengan penuaan. Untuk pengetahuan anda, zaman sekarang penuaan bukan sahaja pada orang tua, namun orang muda pun sudah ada tanda penuaan.

Kelebihan Resveratrol yang sangat bagus adalah:


Meningkatkan biogenesis mitokondria
Meningkatkan fungsi sel
Mengurangkan pengeluaran radikal bebas
Mengurangkan simpanan lemak
Meningkatkan jisim otot tanpa lemak
Melambatkan kemerosotan yang berkaitan dengan usia


Pengaktifan SIRT1 melakukan tindak balas biokimia positif yang menghasilkan fungsi mitokondria dan biogenesis. Sebab itulah hasil dari pelbagai kajian mendapati resveratrol menunjukkan kesan positif untuk melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan neurodegenerative, meningkatkan antioksidan, mengurangkan keradangan, dan melanjutkan jangka hayat serta melambatkan kemerosotan yang berkaitan dengan usia.

Pokok pangkal bermula dengan mitokondria. Mitokondria sihat, keseluruhan badan kita juga akan sihat. Kita punya lebih banyak tenaga, lebih cerdas dan lebih tahan dari serangan penyakit, badan yang lebih berotot, risiko penyakit pun kurang, tekanan darah cantik, gula darah stabil.

15. Vivix Shaklee membantu mengurangkan keradangan (inflamasi).

Keradangan telah dikaitkan sebagai punca kepada pelbagai penyakit seperti diabetes, kanser, gangguan kardiovaskular dan macam-macam lagi. Kajian awal menunjukkan bahawa flavonoid boleh membantu mekanisme anti-radang melalui keupayaan mereka untuk menghalang oksigen atau nitrogen reaktif sebatian.

Flavonoids juga membantu menghalang aktiviti pro-radang dengan enzim yang terlibat dalam pengeluaran radikal bebas, seperti cyclooxygenase, lipoxygenase atau inducible nitrik oksida synthase dan mengubah suai laluan isyarat intrasel dalam sel-sel imun, atau sel-sel otak selepas strok.

16. Vivix Shaklee mengekalkan kolesterol darah yang normal




Vivix Shaklee mempunyai serat yang tinggi yang boleh mengikat kolesterol. Ia juga boleh meningkatkan tahap HDL (kolesterol baik) untuk mengekalkan keseimbangan tahap kolesterol normal dalam darah. Jika tahap kolesterol dapat dikekalkan seperti biasa, ia akan mencegah sesetengah penyakit seperti penyakit jantung atau stroke.

Dalam hal kolesterol, Vivix Shaklee membantu dari segi:

a. Membantu meningkatkan HDL

Peningkatan paras lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL) atau lebih dikenali sebagai kolestrol baik yang melindungi diri kita daripada serangan penyakit jantung

b. Membantu mencegah LDL

Mencegah lipoprotein berkepadatan rendah (LDL) atau kolestrol jahat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas. Ini kerana, LDL yang dioksidasikan itulah yang akan membentuk plak-plak pada salur darah yang menyebabkan aterosklerosis ataupun pengerasan dan penebalan arteri-arteri.

17. Vivix Shaklee membantu untuk mengeluarkan cecair berlebihan di dalam badan.

Anggur muscadine merupakan komponen utama dalam Vivix Shaklee dan tinggi dengan quercetin iaitu sejenis flavonoid yang sihat. Sebatian ini mempunyai kesan diuretik yang membantu mengeluarkan sebagai komponen utama Vivix Shaklee adalah tinggi dalam Quercetin, sebatian flavonoid yang sihat. Sebatian ini mempunyai kesan diuretik yang boleh membantu untuk mengeluarkan cecair berlebihan di dalam badan melalui air kencing.

Jadi disebabkan sebatian quercetin ini Vivix Shaklee sangat baik untuk masalah buah pinggang, edema dan pelbagai lagi masalah berkaitan dengan berlebihan cecair dalam badan.

Ramuan utama Vivix Shaklee terbaik untuk kesihatan

Harga Vivix Shaklee

1 botol Vivix Shaklee mengandungi 150ml pati resveratrol dan polifenol tulen (tahap ketulenan 98%) yang anda tidak dapat pada jus resveratrol yang lain.

Harga runcit sebotol Vivix Shaklee adalah RM503.

Untuk membeli Vivix Shaklee dengan harga lebih murah, anda boleh beli 2 botol dan anda dapat:


Penjimatan sehingga rm200++
Keahlian percuma (bernilai rm80)
Pos percuma (bernilai rm10.60) dan dihantar terus ke depan rumah anda.
5% pulangan tunai dibayar kepada anda


Untung kan? Dengan 2 botol anda dapat 17 manfaat di atas!


**produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang jenis penyakit.**

Wednesday, November 23, 2016

TRAVELOG SHAKLEE LANGKAWI (EPISOD 1)

Pertama sekali syukur alhamdulillah..rezeki Allah bagi selama join Shaklee..selain dapat cash(duit), car(kereta) dapat jugak percutian dalam dan luar negeri..sape nak bagikan free trip kat suri rumah macam ahkak ni kan??? kali ni aliya nak story trip ke langkawi..trip yang ke 3 bersama Shaklee..

Trip pertama dulu aliya dapat 1 tiket ke umrah dan istanbul tapi sebab 1 tiket je kan..so bagi husband la yang pegi..sebagai hadiah kat dia sebab selalu support biz Shaklee aliya..tahun ke dua bersama Shaklee dapat 2 tiket 3hari 2malam ke Palace of the golden horses..tak jauh pun dari rumah..so aliya bawak anak2 sekali..memang bestttt sgtttt..untuk tahun 2015/2016 sepatutnya plan ke Melaka..tapi ditukar ke Langkawi atas sebab2 yang aliya pun tak tau...hahahaha tak kisah la..Langkawi pun best jugak kan!!!

Dah masuk trip yang ke 3, tapi belum pernah lagi up kat blog heheheh..tiba2 kali ni macam nak jadi minah kepoh pulak hahaha..Ok..kat bawah ni aliya senaraikan aktiviti2 yang kitorang buat sepanjang 3hari 2malam kat Langkawi..yeayyyy!

HARI PERTAMA

"RM0.00 Shaklee: Dear BLs, pls assemble at the KLIA1 airport on 19 Nov, 7.00am, Departure Hall, Level 5, Row L (MH1432) with your IC & Travel Pouch. TQ."

Sabtu 19hb, 6.30pagi lepas subuh terus ke KLIA...Masa isi form hari tu dah select flight dengan MAS pukul 9pagi..ehemmm!! flight semua ditanggung oleh Shaklee ye..bukan keluar duit sendiri tau! Memandangkan lebih 300 orang yang join trip ke langkawi ni so ada beberapa pilihan penerbangan..MAS, Malindo Air dan Air Asia..

Sampai je KLIA terus register dan check in bag..dan as usual Shaklee akan bagi meal allowance untuk waktu2 makan yang tak disediakan sebanyak RM150..seingat aliya jumlah yang aliya gunakan RM16.50 je untuk 2 kali makan..memang banyak sangat lebihannya...so duit lebih tu memang aliya guna untuk shopping coklat la kan heheehe..

Alhamdulillah semua berjalan lancar..smooth je..dan kami sampai ke langkawi seperti yang dijadualkan walaupun KLIA diturunkan hujan yang membawa seribu rahmat pagi tu..Kat Langkawi, cuaca memang cantik..kami terus dibawa oleh travel agen ke Pekan Kuah ..kami diberi masa sampai 2.30petang untuk makan tengahari dan shopping2..sementara nak tunggu masa check in hotel..

Oh ye..lupa nak bagi tau..kami stay kat The Westin Langkawi Resort & Spa..Hotel 5 bintang hokey! Aliya search kat booking.com harga satu malam utuk superior room RM800++ tau. So memang teruja la kan..lagi2 bila sampai je kat hotel tu ada pahlawan berkompang bagai menyambut kedatangan kami siap dengan tuala basah yang sejuk dan welcome drink..dah rasa macam VVIP sangat!..macam biasa di Shaklee, nama je welcome drink tp macam2 makanan ada kat lobi untuk kami..kerabu beronok makan tengahari tadi pun tak dan nak hadam lagi dah nak masuk yang lain pulak huhuhuhu..tapi yang paling best fruit tart dia..banyak jugak la aliya telan hahaah..pendek kata kalau join trip dengan Shaklee ni memang tak dan nk rasa lapar..


Lepas dah macam ular kekenyangan hehehe kami check in bilik masing2..hotel memang cantik sangattt..sempat jugak la selpie2 on the way nak ke bilik tu kan..hahaha

Yang bestnye kalau join trip dengan Shaklee memang akan dilayan macam VVIP jalan melenggang je..tak payah nak risau pun bag2 baju..tau2 dah ada kat dalam bilik hahaha..bilik dia pulak memang santek santek santek! All white! Selesa sangat!!! Salah satu sebab aliya masih bertahan dengan Shaklee adalah sebab ini lah...sebab Shaklee sentiasa bagi yang terbaik untuk distributor diorang..dah la bagi bilik cantik giler, setiap kali masuk bilik mesti ada special gift dari Shaklee..terharu sangat tau.





Kepenatan dari subuh sampai 3petang baru sampai bilik..ape lagi tuju katil dulu la kan heheh tapi tak boleh nak tido pun..so mandi solat dan siap2 nak ke Meritus Hotel..malam ni ada dinner kat sana..tema dinner malam ni tropical flora..ala2 macam kat hawai gitu..so penuh la bunga2 dan buah2 kat baju2 kitorang kikiki..aliya kalau pegi dinner ni macam biasa memang fokus kat makanan je hihihi makan makan sampai sebu perut😂 dinner tak lama dalam pukul 9.30 malam dah settle..dan memang tak ade plan nak kemana2 sebab dah penat sangat..nak balik bilik dan zzZZZ..

HARI KEDUA

20hb/11/2016, esoknya..morning call dari pihak hotel seawal pukul 5.30 pagi..memang awal giler..fresh start untuk hari ke2..battery pun fully recharge hehehe..mandi solat then turun breakfast kat restoran hotel pukul 6.30pagi..maaf sangat gmbar tak bape bnyk kat tempat2 makan sebab fokus nak makan je...tak ingat dah nak snap gmbar hehehe..breakfast pagi ni dengan room mate, Najiha dari Penang..tak susah nak get along dengan distributor2 Shaklee yang lain..walaupun tak pernah kenal tapi bila jumpa macam dah lama kenal..may be sebab we did the same biz..so kami ada benda yag sama nak diceritakan selain dari sama2 seorang ibu, wife dan monster hhahahaha..

Memandangkan perut rasa sebu, pagi ni breakfast yg light2 je..tak pedas2..bukan ape, satu hari aktiviti full takut2 sakit perut pulak😁..pukul 7.30 dah siap2 naik bas..pagi ni hujan sikit..(rupa2nya hujan dari malam tadi..lebat tapi tak sedar langsung..tido mati!!)

Tempat pertama yang kami pergi pagi tu adalah ke gunung Mat Chinchang untuk naik cable car, berjalan kat sky bridge dan masuk ke Art Museum..Cuak giler muka ahkak masa naik cable car! huhuuhu gayat naw naw..may be ni first and last kot naik cable car..hahaha.. bila dah sampai atas tu dh ok sikit la..boleh jugak la berjalan kat atas sky bridge tu..tp agak cuak jugak la bila jambatan tu macam bergoyang2 sikit..tak berapa nak enjoy scenary yg santek2 kat atas tu sebab gayat😆😆..

Art Museum ni rasanya sama je la kan kat mana2 pun..tp percaya atau tak, ni first time aliya masuk Art Museum hahaha..selalu dok tengok org up gmbar2 kat fb je..kat shah alam bukan tak ada kat i city tu..tp tak teringin pulak nak masuk kikiki nasib dapat join trip Shaklee ni..so berpeluang la masuk..

Jenuh jugak la nak pose nak bagi nampak real..kesimpulannya kalau bagi anak2 sure enjoy giler kalau masuk art museum ni..

Melawat 3 tempat ni pun dah makan setengah hari..perut pun dah lapar..tapi sebelum tu..korang layan dulu gambar2 yg aliya ambil kat art museum..



Untuk aktiviti selepas ni aliya akan sambung pada entry yang akan datang..terpanjang lebar pulak entry untuk kali ni..hhihi kalau ikutkan banyak sangat nak story..gambar2 kat phone pun banyak sangat sampai penuh memory hahahah...so korang stay tune tau untuk next entry okay..


***********************************************************
Jika anda mempunyai pertanyaa mengenai produk ini; hubungi:
* Puan Aliya [Id : 913252]
* SMS/WhatsApp : 019 6629457
***********************************************************

anda mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...